BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, November 16, 2009

Kenduri Kahwin - 15/11/09

- (L-R) Ijat Ali, me and Taufiq -


- (L-R) Fuad, Epul and Aleef; menunggu giliran untuk berkaraoke ^^ -

- Syed and me -

- Faeez a.k.a. lancreet ^.^ -







Pada hari Ahad lepas, me and my friends - Syed, Taufiq and Ijat Ali pergi kenduri kahwin dekat Hotel Goldcourse, Klang. Kenduri kahwin ini bagi meraikan perkahwinan kakak kepada kawan serumah kami di Sabak Bernam, Faeez. Bertolak dari Sabak bernam dalam pukul 12. Tu pun masih mengantuk lagi sebab malam sebelumnya kami semua tidur lewat. Perjalanan dari Sabak Bernam ke Klang memakan masa lebih kurang 2 jam. Ketika dalam perjalanan, kami singgah di stesen minyak Shell di Sungai Besar untuk mengisi minyak dan membeli sedikit bekalan makanan untuk dijamah semasa perjalanan. Bila dah sampai Kapar, turn saya pula untuk memandu kerana saya lebih mahir jika memandu di Klang kerana ia merupakan hometown saya sendiri. Pada mulanya, rasa tension jugak sebab jalanraya di sekitar Klang seringkali sesak kerana pembinaan bagi menaik taraf jambatan di Pusat Bandar Klang. Tapi saya berasa sedikit lega kerana kenderaan tidak begitu sesak pada hari Ahad sebab semua orang pun malas nak keluar kot, nak elak traffic jam. Ketika sedang memandu tu, saya menjalankan tugas seperti seorang pemandu pelancong. Kawan-kawan masa tu ada yang dari Rawang, Ulu Yam Baru and Banting. So, cerita la sikit-sikit tentang bandar Klang macam kalau nak pergi rumah saya ikut mana, nak pergi Shah Alam follow jalan mana, dan kalau naik bas, turun dekat mana, dan macam-macam lagi. Dalam beberapa minit, kitorang pun sampai ke Hotel Goldcourse yang terletak bersebelahan dengan Sungai Klang. Walaupun sudah 12 tahun bermastautin di Klang, ini merupakan kali pertama saya menjejakkan kaki ke hotel tersebut. Kenduri tersebut diraikan di tingkat 8 hotel tersebut. Sampai-sampai kat tingkat 8, kami semua macam blur sekejap sebab tak biasa dengan suasana hotel. Kitorang pun call Faeez suruh jemput kitorang masuk. First sekali, kami semua pergi ke tandas untuk memperkemaskan diri. Rata-rata semua pun pakai baju Melayu, baju kurung, baju kebaya dan baju batik. Kitorang pula pakai t-shirt, jeans. Saya pula pakai jersey dengan seluar slack yang selalu orang pakai pergi kelas. Ni semua sebab masing-masing malan nak basuh baju dekat rumah. Ye la, semua sibuk dengan kerja, assignment, projek mini dan sebagainya. Sampai terbawa-bawak ke sini. Haha. Encik Mohd Noor, pensyarah Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK), mengajar saya, Taufiq dan Syed subject Soft Skill, pun ada dekat sana hari tu. Kitorang pun bersalam-salaman dengan beliau. Encik Mohd Noor hadir bersama Encik Syaiful Idzwan, juga pensyarah JTMK yang bertugas sebagai photographer bagi majlis keramian tersebut. Rupa-rupanya, Encik Syaiful merupakan sahabat kepada abang ipar Faeez. Encik Mohd Noor pula menemani Encik Syaiful. Dengar cerita dari Faeez, tak sure betul ke tak, mereka akan bertolak ke Pahang selepas itu bagi urusan-urusan latihan Industri (LI). Kami pun menjamu selera di meja VIP. Terdapat pelbagai hidangan pada hari itu seperti daging dan ayam rendang, papadom, dan juga udang masak kari kot. Sedap juga makan sebab free kan. Dah siap makan, kitorang pun pergi ke bahagian kolam renang. View dari situ pun cantik, boleh nampak masjid negeri dekat Shah Alam, Jusco bukit Raja, northport dan juga sekitar bandar Klang. Masing-masing pun mula mengeluarkan handphone masing-masing untuk menangkap gambar. Tengah syok tangkap gambar, kawan-kawan lain pun sampai. Kitorang pun teman depa semua makan sebab Faeez sibuk melayan tetamu-tetamu yang lain. Dah puas tengok diorang semua makan, kami semua pun plan untuk berkaraoke di khalayak ramai. Masing-masing pun excited, terutamanya Faeez, Taufiq dan Syed. Ramai juga yang berkaraoke hari tu, suara pun sedap-sedap. Sebab waktu tak mengizinkan, Taufiq pun membatalkan hasrat untuk berkaraoke di situ. Kami pun bersepakat untuk pergi ke Klang Parade untuk bersiar-bersiar dan berkaraoke sebelum memulakan perjalanan pulang ke politeknik. Dah sampai Klang Parade, masing-masing membatalkan hasrat selepas melihat kadar bayaran yang sememangnya melebihi dari kemampuan kami semua. PTPN pun tak masuk lagi... Hehe. Sebelum bertolak pulang, kami singgah di Big Apple untuk membeli donat, takkan beli biskut pulak kan? Daripada penat-penat menyanyi, baik beli makanan. Boleh isi perut sikit. And then, kitorang pun jemput Faeez dekat hotel tadi dan terus memulakan perjalanan pulang ke Sabak Bernam. Ketika OTW, kitorang terlihat kemalangan yang baru sahaja berlaku di mana 2 buah kereta telah bertembung. Kereta kancil tersebut telah terputus dua manakala kereta yang satu lagi remuk di bahagian hadapan. Sampai semula ke Sabak Bernam dalam pukul 9 malam. Kami bernasib baik sebab Faeez membawa sedikit lauk. Kami pun membeli beberapa bungkus nasi putih dan ais untuk dijamah dan diminum bersama-sama dengan lauk tadi. Overall, perjalanan pada hari itu agak memenatkan tetapi kami semua berpuas hati sebab dapat makan free dan merasa makan di hotel. ;)

Saturday, November 14, 2009

Logitech Rumblepad




I would like to show you guys about my bestest friend when it comes to playing video games. My precious Logitech Rumblepad controller. =D Sebab utama saya membeli joystick ni tak lain tak bukan kerana PES. Haha. Dulu selalu main PES dkt PS2. Bila dah study dkt poli, dah berjauhan dengan PS2. So, terpaksa main dkt laptop. Time beli tahun lepas, dalam RM89 kot. Beli dkt Klang. Kalau dekat Lowyat, maybe boleh dpt lagi murah. Tapi pasal dah tak sabar sgt and malas nak jalan jauh-jauh, singgah kejap dkt Centrepoint masa OTW balik politeknik. Ada macam-macam joystick masa tu. Ada yang RM10, ada yang RM15, ada juga yang RM20 dapat dua. Tapi kalau guna, memang tak sesedap controller PS2 yang original. Tengah-tengah usya joystick, tiba-tiba ternampak joystick Logitech ni. Packaging pun memang packaging style barang-barang import. Tak macam joystick-joystick lain, yang dalam plastik je pun ada. Harga pun standard barang import. Aleef Farhan, kawan yang follow masa tu cakap beli yang murah je pun ok. Nak main game je pun. Tapi kalau main game makin tension sebab controller tak sedap pun tak best jugak. Cakap dengan dia balik, kalau beli controller Logitech ni ok tak? Dia tak kisah. Ye la, bukan duit dia pun kan? Haha. Fikir punya fikir, angkat juga la controller ni. Tawar pun dapat kurang dengan tokey tu, tapi tak ingat kurang berapa. Apapun, controller ni memang tak mengecewakan, seperti yang dijangka dari jenama Logitech. Sampai hari ini, dah lebih kurang setahun controller ni digunakan. Condition masih lagi ok, walaupun dah beberapa kali terjatuh dan dijatuhkan, terutamanya time kalah. Hehe. And sebagai penutup post kali ini, bawah ni ada gambar mouse saya yang memudahkan kerja saya semasa melakukan kerja-kerja dekat laptop. Jenama Logitech juga. Cerita pasal mouse ni senang je. Ambil kakak punya. ;P

Friday, November 13, 2009

PES 2010





Pro Evolution Soccer 2010 a.k.a. PES 2010, one of my favourite video games. Kalau tengah bosan-bosan, game ni memang akan diulang-ulang sampai jemu. Jemu pun dalam sejam dua. And then, main balik. Memang addicted dengan game ni. First time main game ni masa darjah 6 kot. Abang yang tunjukkan. At that time memang selalu kalah kalau main dengan abang. Kalau menang pun, nasib baik je kot. Because of him, PES is like a drug to me now. Haha. Ibarat rokok kepada perokok. Tapi tak smoke pun. Shisha (betul tak eja?)pun sikit-sikit je. Tu pun batuk-batuk. Anyway, ni ada gambar-gambar PES 2010. Gambar striker ter-best, Fernando Torres yang telah di-digital-kan pun nampak real. Kalau dibandingkan dengan PES 2009, memang macam-macam dah berubah. Gameplay pun makin susah, tapi realistik. Setakat ni, tak pernah ada rekod kekalahan lagi sebab kalau rasa-rasa dah nak kalah, terus tekan Alt-F4. So, sistem tak boleh nak rekod match tu. Hehe. Kali ini, PES 2010 guna Fernando Torres dengan Lionel Messi untuk diletakkan di cover depan DVD. Diorang pun tahu yang Fernando Torres hebat and decided untuk letak gambar dia bagi menarik football fans terutamanya supporter Liverpool like myself. System requirements game ni pun tak terlalu demanding sangat.

Pro Evolution Soccer 2010: Minimal system requirements
• CPU: Intel Pentium 4 with 2.5 GHz or comparable processor
• Graphics card: Nvidia Geforce FX series or Ati Radeon 9700 series or better (128 MiByte, Pixel Shader 2.0)
• Memory: 1 GiByte
• Storage: Min. 8 GByte free disc space

Pro Evolution Soccer 2010: Recommended system requirements
• CPU: Intel core 2 Dou with 2.0 GHz or comparable processor
• Graphics card: Nvidia Geforce 7900 GT or Ati Radeon HD 2400 series or better (256 MiByte, Pixel Shader 3.0)
• Memory: 2 GiByte
• Storage: Min. 8 GByte free disc space


My laptop's spesifications:
Intel Core2 Duo 2.2GHz, 2GB RAM DDR2, Intel Graphics Media Accelerator X3100.

FPS pun alright. Tapi kalau temperature CPU naik, FPS dia jatuh sikit. So, seelok-eloknya pakai fan untuk control temperature. Takpun main kat desktop. Dulu selalu main kat PS2. Tapi sekarang dah berjauhan dengan rumah, terpaksa main dekat laptop. Lagi satu, kalau dulu nak dribble macam Cristiano Ronaldo dari gol ke gol satu lagi memang senang. Sekarang, kena lebihkan tactical approach, passing and teamwork. Apapun, IMO PES masih lagi memegang takhta sebagai video game bola sepak yang terbaik di pasaran terutamanya dengan kehadiran PES 2010 ini. Walaubagaimanapun, PES masih lagi mempunyai kelemahan yang sama dengan keluaran-keluaran sebelumnya. Masih ada nama-nama, logo-logo team dan stadium yang tidak mengikut ejaan yang sebenar. Selain daripada tu, semuanya okay. My personal rating for this game: 9/10.

Tuesday, November 10, 2009

History in the making!

Salam and good day! This is my first posting. So, nothing much to be talked about. Just nak cukupkan syarat bagi memenuhkan sikit ruangan blog ni. Anyway, jangan lupa untuk cikidout blog ini selalu. Dalam boring-boring tu, anda semua boleh la cikidout-cikidout blog-blog kat tepi tu. Macam-macam ada... Lagi satu, kenapa dengan tajuk post ni? Sebab ni merupakan detik pertama dalam sejarah hidup saya a.k.a. aku menge-post di dalam blog. Kalau dalam MySpace pun jarang2, apatah lagi blog. Ok. Itu saja. Sudah tiba masanya untuk mengumpul material-material untuk di-postkan di dalam blog. jumpa lagi yo! xD