BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, November 14, 2009

Logitech Rumblepad




I would like to show you guys about my bestest friend when it comes to playing video games. My precious Logitech Rumblepad controller. =D Sebab utama saya membeli joystick ni tak lain tak bukan kerana PES. Haha. Dulu selalu main PES dkt PS2. Bila dah study dkt poli, dah berjauhan dengan PS2. So, terpaksa main dkt laptop. Time beli tahun lepas, dalam RM89 kot. Beli dkt Klang. Kalau dekat Lowyat, maybe boleh dpt lagi murah. Tapi pasal dah tak sabar sgt and malas nak jalan jauh-jauh, singgah kejap dkt Centrepoint masa OTW balik politeknik. Ada macam-macam joystick masa tu. Ada yang RM10, ada yang RM15, ada juga yang RM20 dapat dua. Tapi kalau guna, memang tak sesedap controller PS2 yang original. Tengah-tengah usya joystick, tiba-tiba ternampak joystick Logitech ni. Packaging pun memang packaging style barang-barang import. Tak macam joystick-joystick lain, yang dalam plastik je pun ada. Harga pun standard barang import. Aleef Farhan, kawan yang follow masa tu cakap beli yang murah je pun ok. Nak main game je pun. Tapi kalau main game makin tension sebab controller tak sedap pun tak best jugak. Cakap dengan dia balik, kalau beli controller Logitech ni ok tak? Dia tak kisah. Ye la, bukan duit dia pun kan? Haha. Fikir punya fikir, angkat juga la controller ni. Tawar pun dapat kurang dengan tokey tu, tapi tak ingat kurang berapa. Apapun, controller ni memang tak mengecewakan, seperti yang dijangka dari jenama Logitech. Sampai hari ini, dah lebih kurang setahun controller ni digunakan. Condition masih lagi ok, walaupun dah beberapa kali terjatuh dan dijatuhkan, terutamanya time kalah. Hehe. And sebagai penutup post kali ini, bawah ni ada gambar mouse saya yang memudahkan kerja saya semasa melakukan kerja-kerja dekat laptop. Jenama Logitech juga. Cerita pasal mouse ni senang je. Ambil kakak punya. ;P

0 comments: