BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, November 16, 2009

Kenduri Kahwin - 15/11/09

- (L-R) Ijat Ali, me and Taufiq -


- (L-R) Fuad, Epul and Aleef; menunggu giliran untuk berkaraoke ^^ -

- Syed and me -

- Faeez a.k.a. lancreet ^.^ -







Pada hari Ahad lepas, me and my friends - Syed, Taufiq and Ijat Ali pergi kenduri kahwin dekat Hotel Goldcourse, Klang. Kenduri kahwin ini bagi meraikan perkahwinan kakak kepada kawan serumah kami di Sabak Bernam, Faeez. Bertolak dari Sabak bernam dalam pukul 12. Tu pun masih mengantuk lagi sebab malam sebelumnya kami semua tidur lewat. Perjalanan dari Sabak Bernam ke Klang memakan masa lebih kurang 2 jam. Ketika dalam perjalanan, kami singgah di stesen minyak Shell di Sungai Besar untuk mengisi minyak dan membeli sedikit bekalan makanan untuk dijamah semasa perjalanan. Bila dah sampai Kapar, turn saya pula untuk memandu kerana saya lebih mahir jika memandu di Klang kerana ia merupakan hometown saya sendiri. Pada mulanya, rasa tension jugak sebab jalanraya di sekitar Klang seringkali sesak kerana pembinaan bagi menaik taraf jambatan di Pusat Bandar Klang. Tapi saya berasa sedikit lega kerana kenderaan tidak begitu sesak pada hari Ahad sebab semua orang pun malas nak keluar kot, nak elak traffic jam. Ketika sedang memandu tu, saya menjalankan tugas seperti seorang pemandu pelancong. Kawan-kawan masa tu ada yang dari Rawang, Ulu Yam Baru and Banting. So, cerita la sikit-sikit tentang bandar Klang macam kalau nak pergi rumah saya ikut mana, nak pergi Shah Alam follow jalan mana, dan kalau naik bas, turun dekat mana, dan macam-macam lagi. Dalam beberapa minit, kitorang pun sampai ke Hotel Goldcourse yang terletak bersebelahan dengan Sungai Klang. Walaupun sudah 12 tahun bermastautin di Klang, ini merupakan kali pertama saya menjejakkan kaki ke hotel tersebut. Kenduri tersebut diraikan di tingkat 8 hotel tersebut. Sampai-sampai kat tingkat 8, kami semua macam blur sekejap sebab tak biasa dengan suasana hotel. Kitorang pun call Faeez suruh jemput kitorang masuk. First sekali, kami semua pergi ke tandas untuk memperkemaskan diri. Rata-rata semua pun pakai baju Melayu, baju kurung, baju kebaya dan baju batik. Kitorang pula pakai t-shirt, jeans. Saya pula pakai jersey dengan seluar slack yang selalu orang pakai pergi kelas. Ni semua sebab masing-masing malan nak basuh baju dekat rumah. Ye la, semua sibuk dengan kerja, assignment, projek mini dan sebagainya. Sampai terbawa-bawak ke sini. Haha. Encik Mohd Noor, pensyarah Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK), mengajar saya, Taufiq dan Syed subject Soft Skill, pun ada dekat sana hari tu. Kitorang pun bersalam-salaman dengan beliau. Encik Mohd Noor hadir bersama Encik Syaiful Idzwan, juga pensyarah JTMK yang bertugas sebagai photographer bagi majlis keramian tersebut. Rupa-rupanya, Encik Syaiful merupakan sahabat kepada abang ipar Faeez. Encik Mohd Noor pula menemani Encik Syaiful. Dengar cerita dari Faeez, tak sure betul ke tak, mereka akan bertolak ke Pahang selepas itu bagi urusan-urusan latihan Industri (LI). Kami pun menjamu selera di meja VIP. Terdapat pelbagai hidangan pada hari itu seperti daging dan ayam rendang, papadom, dan juga udang masak kari kot. Sedap juga makan sebab free kan. Dah siap makan, kitorang pun pergi ke bahagian kolam renang. View dari situ pun cantik, boleh nampak masjid negeri dekat Shah Alam, Jusco bukit Raja, northport dan juga sekitar bandar Klang. Masing-masing pun mula mengeluarkan handphone masing-masing untuk menangkap gambar. Tengah syok tangkap gambar, kawan-kawan lain pun sampai. Kitorang pun teman depa semua makan sebab Faeez sibuk melayan tetamu-tetamu yang lain. Dah puas tengok diorang semua makan, kami semua pun plan untuk berkaraoke di khalayak ramai. Masing-masing pun excited, terutamanya Faeez, Taufiq dan Syed. Ramai juga yang berkaraoke hari tu, suara pun sedap-sedap. Sebab waktu tak mengizinkan, Taufiq pun membatalkan hasrat untuk berkaraoke di situ. Kami pun bersepakat untuk pergi ke Klang Parade untuk bersiar-bersiar dan berkaraoke sebelum memulakan perjalanan pulang ke politeknik. Dah sampai Klang Parade, masing-masing membatalkan hasrat selepas melihat kadar bayaran yang sememangnya melebihi dari kemampuan kami semua. PTPN pun tak masuk lagi... Hehe. Sebelum bertolak pulang, kami singgah di Big Apple untuk membeli donat, takkan beli biskut pulak kan? Daripada penat-penat menyanyi, baik beli makanan. Boleh isi perut sikit. And then, kitorang pun jemput Faeez dekat hotel tadi dan terus memulakan perjalanan pulang ke Sabak Bernam. Ketika OTW, kitorang terlihat kemalangan yang baru sahaja berlaku di mana 2 buah kereta telah bertembung. Kereta kancil tersebut telah terputus dua manakala kereta yang satu lagi remuk di bahagian hadapan. Sampai semula ke Sabak Bernam dalam pukul 9 malam. Kami bernasib baik sebab Faeez membawa sedikit lauk. Kami pun membeli beberapa bungkus nasi putih dan ais untuk dijamah dan diminum bersama-sama dengan lauk tadi. Overall, perjalanan pada hari itu agak memenatkan tetapi kami semua berpuas hati sebab dapat makan free dan merasa makan di hotel. ;)

0 comments: